BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 21, 2011

CERPENKU....

Bismillahirrahmanirrahim....
 Saya mulakan dengan lafaz mulia "ASSAMUALAIKUM...." sudah beberapa hari saya tidaku  mengaktifkan blog ini kerana ada beberapa masalah yang perlu diselesaikan...dan masalah line internet di kampung yang selalu putus-putus....

Untuk post baru dalam blog ini saya telah memutuskan untuk menulis sebuah cerpen yang pernah saya tulis sewaktu disekolah menengah... sebenarnya saya adalah seorang yang sangat kuat berangan...sampaikan...ade satu kisah ni telah menarik saya untuk menulis sebuah cerpen..Saya tak tahu perasaan saya sewaktu menulis cerpen ini..pernah sampai satu tahap saya kehilangan idea tuk mnyambung kisah cerpen tersebut. Mujurlah kawan-kawan dan adik bilik banyak membantu dalam pembikinan cerpen ini...
TERIMA KASIH SEMUA... 



"PERKAHWINAN YANG TAK DIDUGA"

Tersebut adalah tajuk dimana ialah nama cerpen saya..saya mintak maaf terlebih dahulu jika ada persamaan dalam kehidupan pembaca masing...cerita ini juga tiada kaitan antara yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia...

Sekali lagi aku merasakan getaran yang begitu hebat untuk menulis cerpen ni manalah tau ada persamaan dengan orang lain....

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM saya mulakan penulisan cerpen saya hari nie.....



"PERKAHWINAN YANG TAK DIDUGA"


BAB I

Hari ini adalah hari yang sangat bermakna dalam hidupku. Di mana abang saudara tiriku bakal bernikah dengan gadis yang dicintainya. Percintaannya pernah gagal sekali dan kali ini aku harap ia akan berkekalan sampai akhirnya. Biarlah abang aiman bahagia disamping orang yang disayangi. Sudah puas aku menangis malam tadi mengenangkan abang aiman akan menjadi milik orang lain. Kebaikan abang aiman telah membuat aku menganggapnya lebih dari seorang abang....ternyata aku hanya bertepuk sebelah tangan.  Aku beranggapan bahawa abang aiman hanya menganggap aku hanya sebagai adik dan tidak lebih dari itu... dan itulah yang menguatkan lagi semangat ku untuk menghadiri majlis perkahwinanya.

Kami sekeluarga masuk ke perkarangan rumah. Kelihatan tidak banyak orang yang hadir kerana masih terlalu awal majlis untuk majlis dimulakan...kami sengaja datang awal ke majlis tersebut untuk menolong apa yang patut. Aku meminta izin kepada umi dan walid untuk melihat pengantin lelaki...upacara akad nikah akan berlangsung di masjid as-shakirin. Setiba aku di depan bilik, kelihatan kamar itu sangat suram sekali.tiada gaya kelihatan bilik raja sehari langsung...Kelihatan sesusuk tubuh yang menghadap ke luar dengan pandangan yang redup...Tidak bahagiakah abang aiman menjelang perkahwinannya?? Tetiba soalan itu menerjah ke dalam fikiranku.
"Abang...." aku memanggilnya.. kelihatan abang aiman sangat terkejut dengan panggilan ku tadi..
"maaf lah...nadia ketuk pintu tadi...takde orang sahut tu yang nadia msok jer..."
"ahh..ahh...nadia...takpe...takpe...abang pon  tak perasan yang nadia ketuk pintu tadi...maaf jugak ea..."
abang aiman kelihatan ceria sekali..tatkala aku menegurnya.
"urm...ade pe nadia msuk bilik abang...?" tanye abang kepadaku.
"saja je.. nak masuk bilik abang saudara sendiri tak boleh ker?...anyway nadia nampak abang cam sedih semacam je tadi...sebenarnye ade pe? kalau boleh kasi tau..kasi je la...nad sedia mendengarnye.."
"urm...urm...se....se...sebenarnya...." "'takpe teuskan jer....nadia akan dengar percayalah..."
"abang...rasa macam nak batalkan je la perkahwinan ni...."
Tatkala itu ada rasa burung bekicau  merdu dan bertebangan di dalam hatiku. Apakah aku berasa gembira atas keputusan yang dibuat oleh abang aiman? Takkan aku mahu melihat sorang wanita amat yang mencintai abang terluka gara-gara keputusan abang...
"Abang biar betul, majlis akad nikah sekejap je lagi...mak ngah dan pak ngah semuanya dah siap nak pergi masjid tu....cepatlah abang pergi bersiap nadia turun dulu" aku mempercepatkan langkahku untuk menuju ke pintu bilik abang aiman.
"Pihak pengantin perempuan sendiri yang telefon abang...tadi mereka cakap pengantin perempuan tak jadi nak kahwin sebab anak dia dah kena tangkap basah malam tadi...dan pengantin perempuan juga dah kahwin malam tadi...kalau abang pergi masjid karang....abang nak kahwin ngan siapa?" langkahku berhenti tiba-tiba tatkala mendengar luahan jawapan abang aiman sebentar tadi..agaknya sebab perkara inilah yang membuatkan abang kelihaan sedih pagi tadi. Selepas mendengar luahan dari abang...tanpa disuruh aku berlari menuju ke tangga untuk turun ke bawah untuk memberitahu semua...
Kelihatan mak ngah dan pak ngah begitu kecewa sekali..dengan apa yang berlaku..Hal ini amat memalukan oleh pihak pengantin lelaki. Tiba-tiba mak ngah menyuruhku ke ruang tetamu kerana ingin berbicara langsung dengan umi dan walid. Tanpa perasaan curiga aku menuju ke ruang tamu....hati ku terasa sangat bahagia  kerana abang yang sangat kusayangi dan cintai tidak jadi melangsungkan perkahwinannya..sedang aku ralit menonton telivision yang entah apa rancangannya, langsung x menarik perhatianku. Umi datang dan memandang ke arahku sayu....
"umi, kenapa ni?' tanyaku.... "ape perasaan akak dekat abang aiman?" terkejut ku tatkala mendengar soalan dari ibuku.... "umi tanye...ape perasaan akak? akak sayang tak dekat abang aiman?" "ahh..ahhh...akak emang lah sayang abang aiman tapi sebagai abang jer..." "kalau macam tu umi harap akak boleh terima abang aiman sebagai seorang suami ea...boleh tak..?" aku tak tau apa yang berada pada fikiran aku waktu itu Gembira? Sedih? Terkejut? semuanya kelihatan begitu samar sekali..."a...ape semua ni umi...belajar pun akak belum habis lagi...takkan kakak nak kahwin dah...umi tahu kan akak amik pekse besar ahun ni dan ia memerlukan untuk akak tinggal di asrama...kalau akak kahwin macam mana dengan semua tu..." aku melepaskan semua ketidak puasan hati ku...memang aku mahu berkahwin dengan abang aiman..tetapi tidak pada usia semuda ini...
" Tapi akak sayang kan kat mak ngah...kalau akak sayang, tolonglah akak..akad nikah beberapa jam je lagi lpas tu rmai yg akan hadir...takkan akak nak lihat mak ngah dan pak ngah di malukan?" Ape yang harus aku lakukan...semuanya diibaratkan diluah mati emak ditelan mati bapa keadaan aku sekarang ni..
'Ya  Allah apa yang harus aku lakukan...'



*sambung di bab 2 nanti
ASSALAMUALAIKUM...

0 comments: