BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 1, 2011

Assalamualaikum semua.....setelah sekian lama saya tidak mengepost dalam blog, kali ni saya rajin tuk buat blog ni...SELAMAT MEMBACA......

mungkin kita tidak pernah berjumpa....
dan mungkin pernah
dan mungkin sekadar mendengar suara
atau sekadar melihat paparan
dan mungkin juga sekadar ilusi cuma..
atau sebuah persahabatan yg jujur..
siapa pun  dirimu..kau ada lah sahabatku selamanya..........~


Sunday, February 27, 2011

kerja oh kerja.....!!!

aarrrrggghhhhhhhhhh...!!!!besok kerja......hurm pe nk buat....tu la lumrah hidup kita tak boleh nak larikan diri dari kesibukkan dunia...Saya kini sudah bekerja sebagai seorang guru taska di sebuah hospital di kuantan...hari ini dan semalam merupakan hari cuti saya...akan  tetapi, saya mengambil keputusan untk menginap di sana kerana saya tidak mahu menyusahkan sesiapa....permulaan hari prtama ia brjalan degan sangat lancar...dan pada hari pertama juga...saya juga telah mengajar mereka cara2 berwuduk dan rukun2 wajib dan sunat dalam mengambil wuduk.
Ternyata dari banyak anak-anak saya hanya segelintir yang makan saman....yang lainnya masih di dunia alam fantasi mereka...payah memang payah....biaselah...bak kata orang-orang...anak doktor ni memang susah nak dijaga....biasa la...hyper ckit....hhuhuhu
Sekarang saya masih lagi berada di rumah mak cik saudara saya, yaitu di tman guru...saje santai2 kat sini...mlepaskn pnat lelah...hihi..k lah sambung di lain waktu...hingga ketemu lagi...as salam
oh ya, sebelum terlupa cerpen saya episod kedua tu maybe mngambil masa, sebab sekarang saya lagi sibuk dengan pngajaran saya....see u next time...bye...

Monday, February 21, 2011

CERPENKU....

Bismillahirrahmanirrahim....
 Saya mulakan dengan lafaz mulia "ASSAMUALAIKUM...." sudah beberapa hari saya tidaku  mengaktifkan blog ini kerana ada beberapa masalah yang perlu diselesaikan...dan masalah line internet di kampung yang selalu putus-putus....

Untuk post baru dalam blog ini saya telah memutuskan untuk menulis sebuah cerpen yang pernah saya tulis sewaktu disekolah menengah... sebenarnya saya adalah seorang yang sangat kuat berangan...sampaikan...ade satu kisah ni telah menarik saya untuk menulis sebuah cerpen..Saya tak tahu perasaan saya sewaktu menulis cerpen ini..pernah sampai satu tahap saya kehilangan idea tuk mnyambung kisah cerpen tersebut. Mujurlah kawan-kawan dan adik bilik banyak membantu dalam pembikinan cerpen ini...
TERIMA KASIH SEMUA... 



"PERKAHWINAN YANG TAK DIDUGA"

Tersebut adalah tajuk dimana ialah nama cerpen saya..saya mintak maaf terlebih dahulu jika ada persamaan dalam kehidupan pembaca masing...cerita ini juga tiada kaitan antara yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia...

Sekali lagi aku merasakan getaran yang begitu hebat untuk menulis cerpen ni manalah tau ada persamaan dengan orang lain....

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM saya mulakan penulisan cerpen saya hari nie.....



"PERKAHWINAN YANG TAK DIDUGA"


BAB I

Hari ini adalah hari yang sangat bermakna dalam hidupku. Di mana abang saudara tiriku bakal bernikah dengan gadis yang dicintainya. Percintaannya pernah gagal sekali dan kali ini aku harap ia akan berkekalan sampai akhirnya. Biarlah abang aiman bahagia disamping orang yang disayangi. Sudah puas aku menangis malam tadi mengenangkan abang aiman akan menjadi milik orang lain. Kebaikan abang aiman telah membuat aku menganggapnya lebih dari seorang abang....ternyata aku hanya bertepuk sebelah tangan.  Aku beranggapan bahawa abang aiman hanya menganggap aku hanya sebagai adik dan tidak lebih dari itu... dan itulah yang menguatkan lagi semangat ku untuk menghadiri majlis perkahwinanya.

Kami sekeluarga masuk ke perkarangan rumah. Kelihatan tidak banyak orang yang hadir kerana masih terlalu awal majlis untuk majlis dimulakan...kami sengaja datang awal ke majlis tersebut untuk menolong apa yang patut. Aku meminta izin kepada umi dan walid untuk melihat pengantin lelaki...upacara akad nikah akan berlangsung di masjid as-shakirin. Setiba aku di depan bilik, kelihatan kamar itu sangat suram sekali.tiada gaya kelihatan bilik raja sehari langsung...Kelihatan sesusuk tubuh yang menghadap ke luar dengan pandangan yang redup...Tidak bahagiakah abang aiman menjelang perkahwinannya?? Tetiba soalan itu menerjah ke dalam fikiranku.
"Abang...." aku memanggilnya.. kelihatan abang aiman sangat terkejut dengan panggilan ku tadi..
"maaf lah...nadia ketuk pintu tadi...takde orang sahut tu yang nadia msok jer..."
"ahh..ahh...nadia...takpe...takpe...abang pon  tak perasan yang nadia ketuk pintu tadi...maaf jugak ea..."
abang aiman kelihatan ceria sekali..tatkala aku menegurnya.
"urm...ade pe nadia msuk bilik abang...?" tanye abang kepadaku.
"saja je.. nak masuk bilik abang saudara sendiri tak boleh ker?...anyway nadia nampak abang cam sedih semacam je tadi...sebenarnye ade pe? kalau boleh kasi tau..kasi je la...nad sedia mendengarnye.."
"urm...urm...se....se...sebenarnya...." "'takpe teuskan jer....nadia akan dengar percayalah..."
"abang...rasa macam nak batalkan je la perkahwinan ni...."
Tatkala itu ada rasa burung bekicau  merdu dan bertebangan di dalam hatiku. Apakah aku berasa gembira atas keputusan yang dibuat oleh abang aiman? Takkan aku mahu melihat sorang wanita amat yang mencintai abang terluka gara-gara keputusan abang...
"Abang biar betul, majlis akad nikah sekejap je lagi...mak ngah dan pak ngah semuanya dah siap nak pergi masjid tu....cepatlah abang pergi bersiap nadia turun dulu" aku mempercepatkan langkahku untuk menuju ke pintu bilik abang aiman.
"Pihak pengantin perempuan sendiri yang telefon abang...tadi mereka cakap pengantin perempuan tak jadi nak kahwin sebab anak dia dah kena tangkap basah malam tadi...dan pengantin perempuan juga dah kahwin malam tadi...kalau abang pergi masjid karang....abang nak kahwin ngan siapa?" langkahku berhenti tiba-tiba tatkala mendengar luahan jawapan abang aiman sebentar tadi..agaknya sebab perkara inilah yang membuatkan abang kelihaan sedih pagi tadi. Selepas mendengar luahan dari abang...tanpa disuruh aku berlari menuju ke tangga untuk turun ke bawah untuk memberitahu semua...
Kelihatan mak ngah dan pak ngah begitu kecewa sekali..dengan apa yang berlaku..Hal ini amat memalukan oleh pihak pengantin lelaki. Tiba-tiba mak ngah menyuruhku ke ruang tetamu kerana ingin berbicara langsung dengan umi dan walid. Tanpa perasaan curiga aku menuju ke ruang tamu....hati ku terasa sangat bahagia  kerana abang yang sangat kusayangi dan cintai tidak jadi melangsungkan perkahwinannya..sedang aku ralit menonton telivision yang entah apa rancangannya, langsung x menarik perhatianku. Umi datang dan memandang ke arahku sayu....
"umi, kenapa ni?' tanyaku.... "ape perasaan akak dekat abang aiman?" terkejut ku tatkala mendengar soalan dari ibuku.... "umi tanye...ape perasaan akak? akak sayang tak dekat abang aiman?" "ahh..ahhh...akak emang lah sayang abang aiman tapi sebagai abang jer..." "kalau macam tu umi harap akak boleh terima abang aiman sebagai seorang suami ea...boleh tak..?" aku tak tau apa yang berada pada fikiran aku waktu itu Gembira? Sedih? Terkejut? semuanya kelihatan begitu samar sekali..."a...ape semua ni umi...belajar pun akak belum habis lagi...takkan kakak nak kahwin dah...umi tahu kan akak amik pekse besar ahun ni dan ia memerlukan untuk akak tinggal di asrama...kalau akak kahwin macam mana dengan semua tu..." aku melepaskan semua ketidak puasan hati ku...memang aku mahu berkahwin dengan abang aiman..tetapi tidak pada usia semuda ini...
" Tapi akak sayang kan kat mak ngah...kalau akak sayang, tolonglah akak..akad nikah beberapa jam je lagi lpas tu rmai yg akan hadir...takkan akak nak lihat mak ngah dan pak ngah di malukan?" Ape yang harus aku lakukan...semuanya diibaratkan diluah mati emak ditelan mati bapa keadaan aku sekarang ni..
'Ya  Allah apa yang harus aku lakukan...'



*sambung di bab 2 nanti
ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, February 15, 2011

SEPULUH RISALAH PEMUDA




1. Memahami Islam

Mustahil pemuda dapat memuliakan Islam kalau mereka sendiri tidak memahami Islam (35:28, 58:11)

“Siapa yang dikehendaki Allah akan mendapat kebaikan, maka dipandaikanlah dalam agama.” (H.R. Bukhari-Muslim)

“Dunia ini terkutuk dan segala isinya terkutuk kecuali dzikrulloh dan yang serupa itu dan orang alim dan penuntut ilmu.” (H.R. At Tirmizi)

2. Mengimani segenap ajaran Islam

Iman kepada Allah dan Rasul-Nya pada hakikatnya merupakan sebuah sikap mental patuh dan tunduk (23:51).
Tunduk patuh berlandaskan cinta kepada-Nya (2:165) dan ittiba’ (mengikuti) rasul-Nya (3:31, 53:3-4).

3. Mengamalkan dan mendakwahkan Islam

Ciri orang yang tidak mengalami kerugian (khusrin) dalam hidup adalah senantiasa mengamalkan dan mendakwahkan Islam (103:1-3, 41:33, 3:110, 9:71, 5:78-79).

“barang siapa menyeru kepada kebaikan maka ia akan memperoleh pahala sepadan dengan orang yang mengerjakannya.” (H.R. Muslim)

4. Berjihad dijalan Islam

Jihad adalah salah satu hal yang diwajibkan Allah kepada kaum muslimin. Said Hawa membagi
jihad menjadi lima macam :

a.
Jihad Lisaani, menyampaikan dakwah Islam kepada orang-orang kafir, munafik dan fasiq yang disertai dengan hujjah (argumentasi) yang dicontohkan oleh Nabi SAW. (5:62)

b.
Jihad Maali atau jihad dengan harta (49:15, 9:111). Jihad dengan harta merupakan bagian vital bagi jihad yang lainnya, karena dakwah memerlukan sarana dan prasarana.

c.
Jihad Bilyad wan nafs atau jihad dengan tangan/kekuatan dan jiwa (22:39, 2:190, 8:39, 9:36). Termasuk dalam jihad ini adalah menentang orang kafir, berusaha mengusir mereka dari bumi Islam, memerangi kaum murtad dalam negeri Islam, melawan pemberontakan atau pembangkangan atas negara Islam.

d.
Jihad Siyaasi atau jihad politik.
e. Jihad Tarbawi/ta’limi, yakni bersungguh-sungguh mengajarkan, menyampaikan ilmu dan mendidik orang-orang yang ingin memahami Islam (3:79)

5. Sabar dan istiqomah
di atas jalan Islam (21:83-85, 38:41-44, 37:100-107, 21:68-69, 71:5-9)
Keimanan harus dilanjutkan dengan kesabaran dan istiqamah.

“Keyakinan dalam iman haruslah secara bulat dan kesabaran itu setengah dari iman.” (H.R. Abu Nu’aim)

6. Mempersaudarakan manusia dalam ikatan Islam

Pemuda seharusnya berperan dalam menjalin ukhuwah islamiyah sesama muslim (8:63, 59:9).

“Setiap mukmin yang satu bagi mukmin lainnya bagaikan suatu bangunan, antara satu dengan yang lainnya saling mengokohkan,” (Al hadist)

7. Menggerakkan dan mengarahkan potensi umat Islam
Potensi umat Islam perlu diarahkan ke dalam amal jama’i secara efektif dan efisien (3:146)

8. Optimis terhadap masa depan Islam

Pemuda Islam tak boleh memiliki jiwa pesimis. Sebaliknya, harus optimis akan hasil perjuangan dan pertolongan serta balasan dari Allah SWT. Hanya orang kafirlah yang memiliki sifat pesimis (12:87, 15:56).

9. Introspeksi diri (muhasabah)
terhadap segala aktivitas yang telah dilakukan
Introspeksi dan evaluasi dimaksudkan agar pemuda tidak mengulang kesalahan yang sama di hari mendatang, tidak terjebak dengan permasalahan yang sama dan mampu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik (13:11).

“Seorang yang sempurna akalnya ialah yang mengoreksi dirinya dan bersiap dengan amal sebagai bekal untuk mati.” (H.R. At Tirmizi)

10. Ikhlas dalam segenap pengabdian di jalan Islam

Memurnikan niat karena Allah dalam ibadah, dan jihad merupakan masalah fundamental agar amal itu diterima sekaligus sukses.

“Sesungguhnya Allah menolong umat ini hanya kerana orang-orang yang lemah di antara mereka yaitu dengan dakwah, shalat dan ikhlas mereka,” (H.R. An Nasai dari Sa’ad bin Abi Waqash)

MAKSIAT DI MATA KITA DIMANAKAH KITA

Hari ini, ketika ini, dan saat ini, ketika kemungkaran dan maksiat menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat dan ummat yang kita sayang, DIMANAKAH KITA?

Dimanakah kita yang mengatakan bahawa kita meletakkan

Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan,
Rasulullah sebagai model ikutan,
Allah sebagai tujuan dan
Jihad fi sabilillah sebagai penamat kehidupan??

Amatlah jelik sekali pada masa ini ketika ummat yang lantang berkata kononnya kita menegakkan negara Islam di kalangan pemimpin-pemimpin kita,mereka yang dengan lantang mengatakan kita ikut langkah Islam dalam negara ini, turut sama leka dalam jalan taghut.

Malah amat lagi menyedihkan bilamana maksiat itu dilihat sebagai perkara biasa yang normal untuk berlaku dimana-mana.
Saudara/i ku,

Syaitan akan mengindahkan pandangan manusia ini atas maksiat yang kita lakukan.

Perhubungan tanpa batasan atas nama cinta sejati antara dua insan dipandang indah oleh masyarakat, dipandang cantik oleh sahabat handai malah dipopularkan oleh ramai dalam kalangan kita dan bahkan ia dipandang mulia.

Namun, perhubungan untuk membina baitul muslim secara baik dan suci tanpa ikatan dan perhubungan yang keji dipandang kolot dan ketinggalan zaman bahkan tidak lagi sesuai dengan zaman ini.

Pemuda-pemuda dan para pejuang yang membawakan dakwah Islamiyah, yang ingin meletakkan kefahaman yang betul kepada ummat dipandang sebagai orang penyibuk bahkan mungkin sekali akan dilabel sebagai ‘terrorist’, pengganas, malah dilabel juga sebagai ‘extremist’. Wujudkah ekstremist dalam beragama? Andai mereka yang mahu menegakkan perintah Allah, mendukung kebenaran serta menjalankan perintah Allah itu digelar ekstrem, bukanlah patut kita gelarkan mereka yang sengaja mahu melanggar perintah Allah juga sebagai ekstrem? ‘Ekstrem’ dalam melakukan kemungkaran. Tidak layakkah begitu?

Para pendokong yang ingin membawa semula ummat Islam kepada Islam dipandang sebagai lebai-lebai yang kuno,kolot dan ketinggalan zaman.
Bahkan senang sekali dikatakan:
“Aku enjoy,enjoy gak. Ibadat,ibadat jugak”.

Maka adakah kehidupan kita ini membezakan kehidupan ini dengan Islam?

Bukankah sebagai muslim, kehidupan kita adalah Islam dan Islam itu adalah kehidupan. Bahkan untuk berseronok sakan pun bukankah lebih cantik dan lebih indah sekali kalau ianya selari dengan jalan Islam.

Tiada pergaulan tanpa batas. Tiada kelucahan. Bahkan da`wah juga dapat disampaikan melalui hiburan. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Tidak semestinya lagu nasyid sahaja perlu ada unsur da`wah. Bukankah lebih cantik andai lagu rock juga ada unsur da`wah?

Tidakkah lebih jelik pabila ketika ada segolongan pihak yang ingin membuat tugas menyedarkan ummat tentang hakikat Islam ini dihalang dengan kuatnya. Tetapi mereka yang ingin melakukan konsert, pesta, keraian yang bukan-bukan dibenarkan dengan sesuka hatinya? Maka dimanakah kononnya Islam yang dilaung-laungkan itu?

Adakah Islam itu hanya tertegak dengan kata? Adakah Islam itu tertegak hanya dengan ceramah dan jualan air liur sahaja?
Saudara Saudari ku,

Islam itu adalah kehidupan kita. Saat kita mengucapkan shahadah, kita telah berikrar dan mengikat perjanjian untuk menerima Islam sepenuhnya.

Tiada istilah “part time Muslim”. Hari ini aku ikut jalan kafir, esok aku ikut jalan Islam.
Tiada istilah pengasingan Islam dari kehidupan. Tidak ada pengasingan Islam itu dari pemerintahan. Kerana Islam ini sungguh lengkap dan syumul.

Segalanya dari aspek kehidupan seharian, pemerintahan
malah kematian. Ketika kita bershahadah, kita telah berikrar pada aqidah kita dan juga kita juga berikrar bahawa kita sanggup mengikut Islam ini.

Adakah shahadah itu sekadar hanya kata-kata kosong??? Renung-renungkan bersama.



Monday, February 14, 2011

SALAM PERKENALAN WAT SEMUA PEMBACA BLOG...

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Salam Maulidur Rasul 1432H kepada sumer!

take from sumijelly blog...